Selasa, 10 Mac 2009

Asrama Desa SK Kuala Tahan

Ringkasan Latar Belakang Asrama Desa SK Kuala Tahan

Asrama Desa SK Kuala Tahan merupakan asrama yang terletak di sebuah sekolah di pedalaman dalam Daerah Jerantut Pahang Darul Makmur. Asrama ini terletak dalam naungan Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. Asrama Desa SK Kuala Tahan terletak di Kampung Kuala Tahan yang merupakan destinasai pertama sekiranya memulakan perjalanan dari Kuala Tembeling ke perkampungan Hulu Tembeling dengan perjalanan yang memakan masa selama 2 jam dengan menaiki bot dan merupakan destinasi terakhir sekiranya perjalanan melalui darat. Kampung Kuala Tahan merupakan transit untuk ke Taman Negara. Pekerjaan Penduduk d sini kebanyakannya sebagai pemandu pelancong, di samping kakitangan kerajaan seperti Perhilitan dan lain-lain.
Asrama ini terletak berhampiran dengan tebing sungai Tembeling. Asrama ini telah dibuka pada tahun 1990. Guru Besar pertama yang bertugas di Sekolah ini ialah Encik Mohd Nazir bin Mohamad dengan jumlah murid seramai 135 orang dan 7 orang guru.