Rabu, 25 Mac 2009

Rabu, 18 Mac 2009

Rabu, 11 Mac 2009

Pertandingan Asrama Cemerlang Peringkat Kebangsaan 2008



Sepanjang asrama desa di buka buat kali pertama asrama desa SK Kuala Tahan telah berjaya memasuki pertandingan Asrama Cemerlang pada tahun 2008 yang telah diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh Perak. Walaupun asrama desa SK Kuala Tahan hanya mendapat hadiah sagu hati namun ianya adalah satu sejarah buat SK Kuala Tahan, semoga di lain tahun asrama desa akan lebih cemerlang lagi...........

Selasa, 10 Mac 2009

Asrama Desa SK Kuala Tahan

Ringkasan Latar Belakang Asrama Desa SK Kuala Tahan

Asrama Desa SK Kuala Tahan merupakan asrama yang terletak di sebuah sekolah di pedalaman dalam Daerah Jerantut Pahang Darul Makmur. Asrama ini terletak dalam naungan Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. Asrama Desa SK Kuala Tahan terletak di Kampung Kuala Tahan yang merupakan destinasai pertama sekiranya memulakan perjalanan dari Kuala Tembeling ke perkampungan Hulu Tembeling dengan perjalanan yang memakan masa selama 2 jam dengan menaiki bot dan merupakan destinasi terakhir sekiranya perjalanan melalui darat. Kampung Kuala Tahan merupakan transit untuk ke Taman Negara. Pekerjaan Penduduk d sini kebanyakannya sebagai pemandu pelancong, di samping kakitangan kerajaan seperti Perhilitan dan lain-lain.
Asrama ini terletak berhampiran dengan tebing sungai Tembeling. Asrama ini telah dibuka pada tahun 1990. Guru Besar pertama yang bertugas di Sekolah ini ialah Encik Mohd Nazir bin Mohamad dengan jumlah murid seramai 135 orang dan 7 orang guru.